Berita Semasa

Mesyuarat Agong ke -3 telah diadakan pada 29 September 1999 di Institut Haiwan, Kluang. Sempena mesyuarat ini satu Seminar Peningkatan Pengurusan telah diadakan dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Timbalan Ketua Pengarah I, Dr Hawari Hussein. Di dalam ucapan perasmiannya beliau telah menjelaskan Pengurusan Atasan Jabatan Perkhidmatan Haiwan memang sentiasa mengambil perhatian ke atas semua lapisan anggotanya. Seminar Kemahiran Pengurusan Penolong Pegawai Veterinar anjuran bersama Institut Haiwan dan Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar Semenajung Malaysia ini merupakan forum yang baik bagi membolehkan perbincangan dua hala antara penjawat jawatan berkenaan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan demi kebaikan bersama. Beliau selanjutnya meminta semua kakitangan jabatan supaya sentiasa meningkatkan kemahiran melalui program latihan yang disediakan. Setiap kakitangan perlu ada Kecekapan Teras atau Am (Core Competency) dan Kecekapan Fungsi (Functional Competency) iaitu Kemahiran Teknikal. Dengan Kemahiran ini beliau yakin Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan berjaya memberi pekhidmatan cemerlang sebagaimana yang diharapkan oleh pelangannya.

Dr Hawari Hussein juga telah menbentangkan satu kertas kerja Bertajuk "Tabiat Bekerja Baru". Kertas kerja lain yang telah juga dibentangkan di dalam seminar tersebut adalah sebagaimana berikut:


Tajuk

Pembentang

Penulisan Kertas Saintifik

Tn Hj. Yusoff Bin Md.Sudin
Pegawai Penyelidik Kanan, Institut Haiwan

Managing Livestock Production Systems:
Farm Assesment Using Simple Gross Margin

En. Tapsir Bin Serin
Pegawai Penyelidik, Institut Haiwan

Tekanan Kerja

Tn. HJ Abas Bin Sudar
Penolong Pegawai Veterinar, Institut Haiwan

Budaya Kerja dalam Organisasi

Tn. HJ Abas Bin Sudar
Penolong Pegawai Veterinar, Institut Haiwan


									 			
Seramai 60 orang peserta telah hadir.

Senarai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Sessi 1999/2000

Mesyuarat AJK yang pertama juga telah diadakan pada 29 Septermber 1999 di bilik kuliah Tanjong, Institut Haiwan

HOME