Make your own free website on Tripod.com

Latar Belakang Sejarah

Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar Semenanjung Malaysia

Usaha untuk menubuhkan Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar telah timbul apabila pihak Pengurusan Atasan Jabatan Perkhidmatan Haiwan menbangkitkan perlunya sebuah "platform" diadakan bagi memudahkan pihak pengurusan atasan bertemu dengan semua penjawat jawatan Penolong Pegawai Veterinar. Pertemuan ini amat penting untuk memberi peluang kedua-dua pihak berbincang dan memberi maklum balas berhubung dengan hal-hal yang berkaitan perkhidmatan dan aspirasi pihak yang terbabit. Sessi perjumpaan ini juga akan memberi peluang kepada semua penjawat penolong pegawai veterinar sama ada di perkhidmatan persekutuan atau negeri bertemu dan bertukar maklumat melalui kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar yang dianjurkan oleh kesatuan.

Mesyuarat Perkhidmatan Haiwan Daerah sebelun ini pernah dianggap tempat sesuai bagi pertemuan semua penolong pegawai veterinar, tetapi ianya hanya memberi peluang kepada mereka yang bertugas di dalam perkhidmatan negeri sahaja. Sehingga ini 2 kumpulan iaitu Pegawai Veterinar melalui Persidangan Tahunan Persatuan Veterinar Malaysia (VAM) dan Pembantu Veterinar melalui Persidangan dan Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Pembantu Veterinar Semenajung Malaysia telah dapat manfaat daripada sessi perjumpaan dengan Pengurusan Atasan yang telah diatur melalui Persidangan Tahunan tersebut.

Kempen untuk menubuhkan kesatuan bagi penjawat penolong pegawai veterinar telah dimulakan semasa Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar Pertama yang diadakan di Renaisance Palm Garden & Resort di Serdang pada 24.10.95. Ekoran dari kempen ini sebuah Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan yang dianggotai oleh:

1. Hj Abd. Shukor bin Yatiman
2. Hj Abas bin Sudar
3. Mohamad Aznam bin Abd. Aziz
4. Saiful Bahar bin Mat Aris
5. Ahmad Fauze bin Mohamad
6. Hjh Rozimah bte Hamzah
7. Hjh. Rusitah bte Abd. Latif
8. Ngspar bin Ramlan

Tugas utama Jawatankuasa ini adalah untuk merangka peraturan-peraturan kesatuan dan seterusnya mendaftarkan Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar Semenanjung Malaysia dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di Johor Bahru. Usaha ini akhirnya telah berjaya apabila kelulusan pendaftaran ini diperolehi dari Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia pada 31 Disember 1996 dengan No. Pendaftaran 766. Mesyuarat Agong Pertama Kesatuan telah diadakan di Hotel Seaview, Langkawi, Kedah pada 16 - 17 Jun 1997 bersempena dengan Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar SeMalaysia 97.

 

 

HOME