Arkib Berita
Mesyuarat Agong Luar Biasa Ke-4 telah diadakan pada 1 November 2000 mulai jam 2.00 petang di Hotel Grand Continental, Melaka Bandar Bersejarah. Mesyuarat Agong Luar Biasa ini terpaksa diadakan bagi menggantikan mesyuarat agong tahunan kerana mesyuarat agong yang pada awal akan dijalankan pada 26 September 2000 telah tidak mendapat sambutan dari segi pencalonan bagi pemilihan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja dan penerimaan usul-usul.
Mesyuarat Agong tersebut terpaksa ditanggohkan kepada tarikh tersebut dan oleh kerana dijalankan selepas tempoh 30 September 2000, bersesuaian dengan peraturan 10(5) kesatuan, ianya dijalankan sebagai Mesyuarat Agong Luar Biasa.
Sempena Mesyuarat Agong KPPVSM ini, Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar 2000 telah diadakan pada sessi pagi yang telah diresmikan oleh Yang Berbahgia Dato' Dr Mohd Nordin Bin Mohd Nor, Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan. Dalam ucapan perasmiannya Dato Ketua Pengarah telah merujuk kepada lafaz ikrar yang dibaca oleh semua penolong pegawai veterinar yang hadir dengan harapan ianya dapat menjadi pendorong bagi melaksanakan tugas dengan baik. Beliau juga mengingatkan bahawa tiada satu kumpulan perjawatan di jabatan ini yang lebih penting daripada yang lain. Semua golongan anggota jabatan perlu bekerja sebagai sebuah pasukan bagi mencapai sasaran dan wawasan jabatan dan negara. Beliau juga menegaskan pihak jabatan sentiasa mengambil perhatian kebajikan semua anggotanya. Sehubungan dengan itu juga anggota jabatan perlu juga berkorban memberi perkhidmatan yang baik supaya objektif jabatan tercapai. Untuk mendapat sesuatu kesenangan "happiness" kita perlu berkorban dengan memberi; "to get something we must give something".
Dato Ketua Pengarah juga memaklumkan bahawa perlaksanaan program jabatan dalam Rancangan Malaysia ke-8 & 9 adalah untuk mencapai dasar wawasan 2020 negara, iaitu menjana industri ternakan ke tahap yang maju sesuai dengan perkembangan dan transformasi yang akan berlaku sekarang. Industri ternakan mulai daripada sekarang hendaklah berasaskan mesra alam sekitar, dipacu oleh sektor swasta ("Private Sector Driven") yang mementingkan amalan penternakan yang baik ("Good Animal Husbandary Practice") dan produk yang dihasilkan mencapai piawaian antarabangsa yang dapat bersaing dengan produk keluaran negara luar yang dijangka akan membanjiri pasaran tempatan apabila Afta dilaksanakan pada tahun 2003.
Jabatan tidak mempunyai ramai kakitangan dan kita perlu menggunakan semua kakitangan yang ada untuk digemblingkan bagi mencapai wawasan jabatan. Kita meletakkan ekpekstasi yang tinggi supaya lebih produktif. Kakitangan yang tidak dapat memberi sumbangan sesungguhnya mereka adalah golongan yang tidak diperlukan. Sehubungan dengan itu kemahiran dan kompetensi kakitangan akan dipertingkatkan melalui program latihan yang terancang . Sessi perbincagan seperti ini boleh diadakan dari masa ke semasa bagi meningkatkan kefahaman dan komitmen kakitangan. Beliau dengan sukacitanya telah merasmikan Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar dan Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar Semenanjung Malaysia.
Sessi Dialog dengan Pengurusan Atasan telah diadakan sejurus majlis perasmian yang telah di "moderate" oleh YDP KPPVSM, Tn Hj. Abd Shukor Yatiman. Wakil Pihak Pengurusan adalah Dato' Ketua Pengarah sendiri dan Dato' Timbalan Ketua Pengarah I.
Bagi memantapkan kefahaman kepada dasar Jabatan dan kemahiran peserta mesyuarat, dua kertas kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:
TajukPembentang
Pembangunan Kompetensi Sebagai Satu Strategi Pengukuhan OrganisasiY.Bhg. Dato' Dr Hawari Bin Hussein
Arahtuju Perlaksanaan RM8 & DPN 3Dato' Dr Hj Mustafa Bin Abd Jalil
Seramai 71 orang ahli telah hadir. Senarai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Sessi 2000/2001
Sebgai memenuhi cadangan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Atasan Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar 2001 akan diadakan pada 29-30 September 2001 bertempat di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor,Perak. Dimaklumkan juga selain daripada Mesyuarat Agong KPPVSM, mesyuarat agong Kesatuan Pembantu Veterinar dan Kesatuan Pembantu Makmal juga akan berlangsung serentak di tempat yang sama. Surat panggilan dan notis mesyuarat agong sedang diuruskan/diedarkan oleh Sdr. Setiausaha dan Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan kuala Lumpur.
Kesatuan masih menunggu kelulusan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bagi pindaan peraturan kesatuan daripada menjalankan mesyuarat agong tahunan kepada dwi tahunan. Memandang kepada faktor masa (kelulusan tersebut mungkin tidak diperolehi dalam masa terdekat), dan mesyuarat agong perlu dijalankan sebelum 30 september, pemilihan ahli majlis jawatankuasa kerja sessi 2001/2002 mungkin akan dijalankan dan borang pencalonan akan diedarkan bersama notis mesyuarat agong ke-5.
Empat kertas kerja telah dicadangkan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar oleh ahli kesatauan sendiri. Kertas Kerja yang dicadangkan adalah:
1. PEMERIKSAAN DAGING DI RUMAH SEMBELIH DI JPH - En. Abdul Rahim bin Kamaruddin
(Pengurus Rumah Sembelih Taiping)
2. WORLD TRADE ORGANISATION- En.Azahar bin Abdul Malik (Penolong Pegawai
Veterinar Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak)
3. SANITARI and PHYTOSANITARY (SPS) - En. Zulkefle bin Ahmad (Pusat Kuarantin
Kelang).
4. SURUHANJAYA CODEX ALEMENTARIUS Oleh : En. Mohd Yunos bin Hj. Mohammad,
Pengurus Rumah Sembelih Melaka.
Program ini yang masih tertangguh dan telah dicadangkan diadakan pada pada awal November 2001dan Thailand telah dipilih sebagai destinasi. En Amran Shahir telah dilantik untuk menyediakan cadangan jadual lawatan dan merunding pakej yang sesuai dengan Agen Pelancongan berdasar pengalaman JPH/Kerajaan Selangor yang pernah menganjurkan program yang serupa.
Kesatuan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penolong pegawai veterinar yang telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang di atas prestasi tahun 2000. Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang JPH telah berlangsung di Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan pada 26 Julai 2001 yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa Bin Hj Abd Samad. Semuga terus berbakti dengan cemerlang
Bil
|
Nama
|
Pergerakan Gaji
|
Tempat Bertugas
|
1
|
En. Mohd. Razi b. Rasul |
Melintang
|
PLV Cermin Kiri |
2
|
Pn. Zalina bte Ismail |
Melintang
|
IPPH Kuala Lumpur |
3
|
En. Ngaspar b. Ramlan |
Melintang
|
PTH Padang Hijau |
4
|
Pn Marlis Marhaeny bte Ghazali |
Melintang
|
IPPH Kuala Lumpur |
5
|
En Mohd. Yunus b. Muhommad |
Melintang
|
Rumah Sembelih Melaka |
6
|
En. Mansor b. Sulaiman |
Menegak
|
Stesyen Kuarantin Haiwan, Tambak Johor |
7
|
Pn Asiah bte Mahmood |
Menegak
|
JPH Negeri Kedah |
8
|
En. Abu Othman b. Abdullah |
Menegak
|
Rumah Sembelih Shah Alam |