KESATUAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR

SEMENANJONG MALAYSIA

NO. PENDAFTARAN : 766

d/a Kompleks Rumah Sembelih Kuantan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Km 19, Jalan Gambang, P.S 177

25720 KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR

Rujukan kami :  ( 01) dlm KPPVSM/YDP

 

Tarikh   :  18hb. Mar, 2005

 

(Edaran Untuk Ahli Kesatuan Sahaja)

 

Assallammualaikum

 

Kepada

 

Semua Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja

Semua Ahli Kesatuan

 

Tuan/Puan,

 

JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G 32  DAN  G 36

 

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas

 

2.         Merujuk kepada perbincangan saya dengan Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Kuala Lumpur pada 17hb. March, 2005 adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sebanyak 39 (Tiga Puloh Sembilan) Jawatan Penolong Pegawai Veterinar  G36  dan  140 (Satu Ratus Empat Puloh) Jawatan Penolong Pegawai Veterinar  G32 telah diwujudkan dalam Dasar Baru Jabatan yang akan di kemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat ini.

 

3.         Memandangkan ini adalah peluang baik masa depan kita dan adik-adik kita samaada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri, saya memohon jasabaik tuan/puan  agar memberi sokongan yang padu kepada Ahli Majlis Jawatan Kuasa Kerja. Justeru itu saya memohon dan berharap agar semua ahli dapat mempastikan semua Penolong Pegawai Veterinar di tempat tuan/puan bertugas di daftarkan sebagai ahli KPPVSM. Ini untuk menunjukan bahawa kita adalah padu/bersatu dalam semua keputusan yang dibuat.

 

4.         Saya juga berharap tuan/puan dapat melakukan Sembahyang Hajat sekerap yang mungkin agar semua jawatan yang dicadangkan ini diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan terbuka hati Pegawai-Pegawai yang akan menimbangkannya. Juga berdoalah agar Dato’ Dr. Matta bin Hj. Abdul Rahman, Dato’ Dr. Mustaffa bin Abdul Jalil dan En. Abdul Hamid bin Murad dapat mempertahankan jawatan yang diminta. Insyaalah.

 

5.         Saya berharap juga semua Ahli akan hadir ke Mesyuarat Agong KPPVSM yang akan diadakan di Cameron Highland pada 24hb, 25hb dan 26hb. Mei 2005 untuk menunjukan kesepaduan kita.

 

6.         Setelah Mesyuarat Agong tersebut dan ketetapan dibuat rombongan akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memastikan jawatan yang di kemukakan oleh Jabatan di pertimbangkan sebaiknya. Juga kita akan melalui saluran Menteri melalui Jawatan Kuasa dan rakan-rakan kita yang bertenaga dalam politik.

 

Akhir kata selamat berjumpa di Mesyuarat Agong akan datang.

 

Sekian dan Salam Horrmat dari saya.

 

 

Saya yang ikhlas,

 

t.t

 

(MOHD YUNOS BIN HJ. MOHAMMAD)

Yang Di Pertua

KPPVSM

 

s.k

 

Naib Yang Pertua

Setiausaha Kehurmat

Bendahari Kehurmat