Arkib Berita

 

Mesyuarat Agong Luar Biasa Ke-4 telah diadakan pada 1 November 2000 mulai jam 2.00 petang di Hotel Grand Continental, Melaka Bandar Bersejarah. Mesyuarat Agong Luar Biasa ini terpaksa diadakan bagi menggantikan mesyuarat agong tahunan kerana mesyuarat agong yang pada awal akan dijalankan pada 26 September 2000 telah tidak mendapat sambutan dari segi pencalonan bagi pemilihan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja dan penerimaan usul-usul.

Mesyuarat Agong tersebut terpaksa ditanggohkan kepada tarikh tersebut dan oleh kerana dijalankan selepas tempoh 30 September 2000, bersesuaian dengan peraturan 10(5) kesatuan, ianya dijalankan sebagai Mesyuarat Agong Luar Biasa.

Sempena Mesyuarat Agong KPPVSM ini, Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar 2000 telah diadakan pada sessi pagi yang telah diresmikan oleh Yang Berbahgia Dato' Dr Mohd Nordin Bin Mohd Nor, Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan. Dalam ucapan perasmiannya Dato Ketua Pengarah telah merujuk kepada lafaz ikrar yang dibaca oleh semua penolong pegawai veterinar yang hadir dengan harapan ianya dapat menjadi pendorong bagi melaksanakan tugas dengan baik. Beliau juga mengingatkan bahawa tiada satu kumpulan perjawatan di jabatan ini yang lebih penting daripada yang lain. Semua golongan anggota jabatan perlu bekerja sebagai sebuah pasukan bagi mencapai sasaran dan wawasan jabatan dan negara. Beliau juga menegaskan pihak jabatan sentiasa mengambil perhatian kebajikan semua anggotanya. Sehubungan dengan itu juga anggota jabatan perlu juga berkorban memberi perkhidmatan yang baik supaya objektif jabatan tercapai. Untuk mendapat sesuatu kesenangan "happiness" kita perlu berkorban dengan memberi; "to get something we must give something".

Dato Ketua Pengarah juga memaklumkan bahawa perlaksanaan program jabatan dalam Rancangan Malaysia ke-8 & 9 adalah untuk mencapai dasar wawasan 2020 negara, iaitu menjana industri ternakan ke tahap yang maju sesuai dengan perkembangan dan transformasi yang akan berlaku sekarang. Industri ternakan mulai daripada sekarang hendaklah berasaskan mesra alam sekitar, dipacu oleh sektor swasta ("Private Sector Driven") yang mementingkan amalan penternakan yang baik ("Good Animal Husbandary Practice") dan produk yang dihasilkan mencapai piawaian antarabangsa yang dapat bersaing dengan produk keluaran negara luar yang dijangka akan membanjiri pasaran tempatan apabila Afta dilaksanakan pada tahun 2003.

Jabatan tidak mempunyai ramai kakitangan dan kita perlu menggunakan semua kakitangan yang ada untuk digemblingkan bagi mencapai wawasan jabatan. Kita meletakkan ekpekstasi yang tinggi supaya lebih produktif. Kakitangan yang tidak dapat memberi sumbangan sesungguhnya mereka adalah golongan yang tidak diperlukan. Sehubungan dengan itu kemahiran dan kompetensi kakitangan akan dipertingkatkan melalui program latihan yang terancang . Sessi perbincagan seperti ini boleh diadakan dari masa ke semasa bagi meningkatkan kefahaman dan komitmen kakitangan. Beliau dengan sukacitanya telah merasmikan Mesyuarat Penolong Pegawai Veterinar dan Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Veterinar Semenanjung Malaysia.

Sessi Dialog dengan Pengurusan Atasan telah diadakan sejurus majlis perasmian yang telah di "moderate" oleh YDP KPPVSM, Tn Hj. Abd Shukor Yatiman. Wakil Pihak Pengurusan adalah Dato' Ketua Pengarah sendiri dan Dato' Timbalan Ketua Pengarah I.

Bagi memantapkan kefahaman kepada dasar Jabatan dan kemahiran peserta mesyuarat, dua kertas kerja telah dibentangkan sebagaimana berikut:

Tajuk

Pembentang

Pembangunan Kompetensi Sebagai Satu Strategi Pengukuhan Organisasi

Y.Bhg. Dato' Dr Hawari Bin Hussein

Arahtuju Perlaksanaan RM8 & DPN 3

Dato' Dr Hj Mustafa Bin Abd Jalil


Seramai 71 orang ahli telah hadir.

Senarai Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Sessi 2000/2001